BHEP Bantu Mangsa Kebakaran Di Johor | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » BHEP bantu mangsa kebakaran di Johor

BHEP bantu mangsa kebakaran di Johor

SERDANG, 08 JANUARI – Delegasi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah berkesempatan menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada keluarga pelajar UPM mangsa kebakaran, Mohd Aqmar bin Jafri yang merupakan pelajar tahun 3 dari Fakulti Pertanian, di Felda Bukit Aping, Kota Tinggi Johor.

Dalam lawatan tersebut,wakil BHEP UPM telah menyerahkan bantuan berbentuk kewangan dan tilam kepada keluarga pelajar.

Kejadian kebakaran yang terjadi pada 16/12/2018 dipercayai berpunca daripada litar pintas yang telah memusnahkan 2 unit rumah dan salah rumah tersebut adalah rumah keluarga pelajar. Menurut bapa pelajar, beliau redha dengan kejadian tersebut dan bersyukur kerana tidak melibatkan kehilangan nyawa.

Program lawatan kebajikan ini merupakan satu inisiatif BHEP untuk berkongsi kesengsaraan pelajar di samping membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar.

Lawatan tersebut turut di sertai oleh 2 orang wakil daripada Maljlis perwakilan Pelajar UPM.

Disediakan oleh : Zulkifli Bin Ibarahim

Tarikh Input: 22/01/2019 | Kemaskini: 23/01/2019 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETNA6~