BHEP ANJURKAN TAKLIMAT PENGURUSAN AKTIVITI PELAJAR | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » BHEP ANJURKAN TAKLIMAT PENGURUSAN AKTIVITI PELAJAR

BHEP ANJURKAN TAKLIMAT PENGURUSAN AKTIVITI PELAJAR

SERDANG, 13 Oktober - Taklimat anjuran Seksyen Pengurusan Aktiviti BHEP pada petang ini adalah bertujuan untuk menyampaikan pelaksanaan, prosedur serta panduan berkaitan aktiviti yang dirancang dan akan dilaksanakan oleh pelajar.

 

Seramai 130 orang telah hadir dalam sesi taklimat tersebut yang diadakan secara atas talian, kumpulan sasar ini dipilih untuk diberi taklimat kerana mereka berperanan dalam memimpin persatuan/kelab/kolej bagi sesi 2021/2022 seterusnya bertanggungjawab untuk menyampaikan kandungan taklimat kepada ahli bawahan mereka

 

Taklimat diberikan oleh tiga orang staf di bawah Seksyen Pengurusan Aktiviti BHEP iaitu berkaitan Prosedur Pelaksanaan Aktiviti Pelajar yang disampaikan oleh Puan Khairul Ziana Kinainah, diteruskan dengan Panduan Tuntutan Kewangan Aktiviti Pelajar oleh Puan Jamrah Mat Jusoh dan diakhiri dengan Pengurusan Sistem e-Merit oleh Encik Kamaruladha Jalaludin.

 

Turut hadir Ketua Seksyen Pengurusan Aktiviti BHEP, Encik Adidi Tamin dan juga staf-staf seksyen. - UPM

Tarikh Input: 27/10/2021 | Kemaskini: 27/10/2021 | adidi

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUQAi~