Serdang, 4 Ogos 2022: Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah mengadakan Bengkel Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam@EKSA bertempat di Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM dan telah disempurnakan oleh Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.
Bengkel ini telah dikelolai oleh Encik Mohd Sahrizan dari Pusat Perhubungan Alumni selaku Fasilitator EKSA BHEP. Selain amalan penambahbaikan yang berterusan, ia turut membincangkan kaedah meningkatkan imej korporat serta aktiviti kreativiti dan inovasi. Turut hadir semua Ketua Jawatankuasa EKSA BHEP dan PTNCHEPA.
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
Tarikh Input: 15/08/2022 |
Kemaskini: 15/08/2022 | azhar.mahdzir
PERKONGSIAN MEDIA