Bahagian Mahasiswa Holistik, Kementerian Pendidikan Tinggi Membuat Lawatan Menu Kasih Di Universiti Putra Malaysia | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Bahagian Mahasiswa Holistik, Kementerian Pendidikan Tinggi membuat lawatan Menu Kasih di Universiti Putra Malaysia

Bahagian Mahasiswa Holistik, Kementerian Pendidikan Tinggi membuat lawatan Menu Kasih di Universiti Putra Malaysia

 
[Bahagian Mahasiswa Holistik, Kementerian Pendidikan Tinggi membuat lawatan Menu Kasih di Universiti Putra Malaysia]
 
Serdang, 6 Januari 2022 - Bahagian Mahasiswa Holistik dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat lawatan bagi melihat pelaksanaan Menu Keluarga Malaysia dan bantuan kupon makanan.
 
Selain daripada itu, kementerian kesihatan malaysia ingin memperkenalkan MyMeal dan menu sihat di Universiti Putra Malaysia, ini secara tidak langsung dapat menjaminkan menu yang di hidangkan oleh pihak pengusahakan gerai makanan di UPM adalah menu yang terbaik dan sihat.
Inisiatif ini dapat menjaga kualiti makanan di setiap gerai makanan Universiti Putra Malaysia dan dapat mengawal harga makanan untuk mahasiswa mahasiswi UPM.
 
Lawatan ini dihadiri oleh Pengarah BMH KPT En. Hirman bin Awang dan Pegawai Khas YBM KPT En. Danial Khaleq bin Mohd Ali serta di Bahagian Pemakanan KKM di hadiri ole Puan Zaiton Daud (Timbalan Pengarah), Puan Ainan Nasrina Ismail (Ketua Penolong Pengarah Kanan), dan Puan Noor Faezah Abdul Jalil (Penolong Pengarah).
 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, sentiasa menjaga kebajikan mahasiwa mahasiswi UPM.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 11/01/2023 | Kemaskini: 13/01/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcXAn~