ANUGERAH PUTRA IKON UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2019-2021 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » ANUGERAH PUTRA IKON UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2019-2021

ANUGERAH PUTRA IKON UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SESI 2019-2021

 
Serdang, 12 Ogos 2022: Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM telah berjaya menganjurkan Anugerah Putra Ikon (API) 2021-2022 bertempat di Dewan Besar UPM yang telah disempurnakan oleh YH. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM.
 
Majlis Anugerah Putra Ikon diadakan bagi memberi penghargaan dan sebagai tanda terima kasih kepada semua pelajar dan pihak yang berkaitan yang telah banyak memberi sumbangan dan pencapaian yang cemerlang serta bakti yang tidak berbelah bagi kepada pihak pengurusan universiti dalam mencapai sasaran dan KPI yang telah dirancang dan ditetapkan sepanjang tahun 2019-2021.
Sebanyak 163 permohonan telah diterima, namun hanya 54 permohonan sahaja telah disenarai pendek untuk merebut 19 anugerah. Pada malam tersebut, Saudara Mohd Firdaus Baharuddin telah dinobatkan sebagai Putra Ikon UPM 2019-2021 sekali gus merupakan lambang mahasiswa holistik UPM.
 
Turut hadir YBhg. Prof. Dr. Ismi Ismi Arif Ismail, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Nazamid Saari, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Saudara Mohamad Haziq Zikri Zainuri, YDP MPP Sesi 2021/2022 serta Pegawai-Pegawai Kanan Universiti.
 
BHEP komited untuk terus melakukan yang terbaik.
 
 
   

Tarikh Input: 15/08/2022 | Kemaskini: 15/08/2022 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEYVAu~