Aditya Humata Iswardi Tokoh Siswa 2018 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Aditya Humata Iswardi Tokoh Siswa 2018

Aditya Humata Iswardi Tokoh Siswa 2018

Nilai, 30 Mac 2019 - Pelajar Kejuruteraan, Aditya Humata Iswardi dinobatkan sebagai Tokoh Anugerah Siswa Peringkat Kebangsaan 2018 kategori “Anugerah Pemimpin Pelajar Antarabangsa” yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 30 Mac 2019 lalu.

Dengan kemenangan tersebut, beliau membawa pulang hadiah Wang Tunai sebanyak ringgit Malaysia 1,000.00, Trofi, Biasiswa Tokoh Siswa beserta Sijil.

Aditya yang ditemui berkata, beliau amat tidak menyangka kemenangan ini kerana calon-calon finalis juga tidak kurang hebatnya dan saya menganggap ianya sebagai rezeki saya dan berterima kasih kepada semua pihak.

"Alhamdulillah, saya amat terkejut dan tidak sangka akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah ini. Dan saya jugak berterima kasih kepada pihak Universiti, para pensyarah, rakan-rakan, ibu bapa serta semua pihak yang banyak beri sokongan kepada saya.ujarnya.

Anugerah Tokoh Siswa ini merupakan anugerah yang berprestij yang mengiktiraf pencapaian mahasiwa dalam ketokohan berorganisasi dan penganjuran program- program berimpak tinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Majlis penyampaian anugerah ini telah di rasmikan oleh YB. Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM dan juga YBhg Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Oleh: Mohd Hasrul Hamdan

Tarikh Input: 02/04/2019 | Kemaskini: 02/04/2019 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdGAF~