[30/06/2020] Pelaksanaan Kehadiran Pelajar Lancar | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [30/06/2020] Pelaksanaan Kehadiran Pelajar Lancar

[30/06/2020] Pelaksanaan Kehadiran Pelajar Lancar

30 Jun 2020, UPM Serdang – Telah berlangsung pelaksanaan kehadiran semula pelajar bagi penginapan kolej kediaman di PKKSSAS Universiti Putra Malaysia. Pelaksanaan program ini adalah merujuk kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 27 Mei 2020 mengenai pengendalian aktiviti akademik di kampus dan pasca perintah kawalan pergerakan hasil mesyuarat khas Menteri-menteri mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang memberikan pengecualian kepada lima (5) kategori. Seramai 5771 orang Pelajar kategori ini telah mendapat kebenaran/kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antrabangsa).

Program ini berlangsung sepanjang 3 hari bermula 28 Jun – 30 Jun 2020 di PKKSSAAS UPM yang diselaraskan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama pihak pengurusan kolej kediaman ,Pusat Kesihatan Universiti , Bahagian Kselamatan UPM, Majlis Perwakilan Pelajar dan lain-lain. Seramai 1094 orang pelajar (20.9 %) telah hadir untuk ke PKKSSAS UPM untuk menjalani saringan kesihatan sebelum mendapat Slip Kebenaran masuk ke kolej kediaman. Di kolej kediaman, pihak kolej akan membuat sanitasi beg sebelum pelajar ini masuk ke bilik masing-masing.

Tarikh Input: 06/07/2020 | Kemaskini: 05/08/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdUAP~