2 Orang Pelajar Dari Melaka Terima Bantuan Peranti | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » 2 Orang Pelajar dari Melaka Terima Bantuan Peranti

2 Orang Pelajar dari Melaka Terima Bantuan Peranti

Melaka, 19 Julai 2021 – Seramai dua orang pelajar UPM telah menerima komputer riba sumbangan Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

 

Salah seorang penerima sumbangan tersebut ialah Nurul Hanisah Abu Muhsen merupakan pelajar tahun 2 jurusan Bacelor Perakaunan Dengan Kepujian.  Sepanjang sesi pembelajaran secara online, beliau hanya meminjam komputer riba milik abangnya kerana beliau tiada kemudahan komputer peribadi.  “Saya meminjam komputer milik abang saya sepanjang sesi pembelajaran dirumah, malahan buat masa ini saya sekeluarga tinggal di rumah nenek kerana di kawasan rumah saya, capaian internet agak lemah dan ini menyukarkan saya dan adik beradik yang lain untuk menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian”.  Sebaik menerima komputer riba, Nurul tidak henti-henti mengucapkan terima kasih dan rasa bersyukur atas sumbangan yang diterima.

 

Seorang lagi menerima komputer riba ialah, Natasya Syahirah Razali pelajar tahun 2 jurusan Bacelor Seni Bina Lanskap memaklumkan bahawa beliau menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian hanya dengan menggunakan telefon bimbit.  “Saya sangat gembira dan tidak menyangka komputer riba ini akan diserahkan sendiri oleh pihak BHEP”.  “Allhamdullillah, berkat sepuluh hari awal bulan Zulhijah saya menerima sumbangan ini dan sudah semestinya saya akan menggunakannya dengan sebaik mungkin,” kata anak kelima daripada tujuh orang adik beradik ini.

 

Sebanyak 25 buah komputer riba telah diedarkan kepada pelajar UPM yang terpilih bagi Program Sumbangan Peranti Yayasan Tunku Abdul Rahman kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dengan harapan sumbangan ini akan dapat menjadi dorongan kepada mereka untuk menghadapi cabaran pembelajaran melalui dalam talian.

 

Terima Kasih YTAR

Terima Kasih CSR KPT

Tarikh Input: 19/07/2021 | Kemaskini: 19/07/2021 | adidi

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEXSAy~