[17/04/2020] Interaksi Berkala Secara Maya Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Putra Malaysia Dengan Ibu Bapa Mahasiswa | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [17/04/2020] Interaksi Berkala Secara Maya Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Putra Malaysia Dengan Ibu Bapa Mahasiswa

[17/04/2020] Interaksi Berkala Secara Maya Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Putra Malaysia Dengan Ibu Bapa Mahasiswa

Panggilan Video Dibuat secara berkala 

 

UPM, 17 April 2020 - Pihak Universiti Putra Malaysia sentiasa mengambilberat tentang kebajikan semua pelajarnya sama ada di dalam mahupun luar kampus. Sehubungan dengan itu, selain bantuan makanan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukan serta yang tinggal berjauhan daripada keluarga, pihak tertinggi pentadbiran UPM juga telah mengambil inisiatif untuk membuat interaksi berkala secara panggilan video kepada ibu bapa mahasiswa.

Interaksi secara maya yang pertama telah diadakan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan beberapa ibu bapa mahasiswa menerusi panggilan video yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kolej Pendeta Za'ba yang dijadikan bilik mesyuarat untuk bilik gerakan covid-19 UPM.

Melalui panggilan video yang turut disertai Ketua Pentadbiran HEPA dan mahasiswa yang tinggal di dalam kampus tersebut, YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman menjelaskan tentang keadaan serta inisiatif pengurusan UPM kepada mahasiswa-mahasiswa yang tinggal di dalam kampus sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Sesi interaksi tersebut juga membolehkan Ibu bapa peluang untuk bertanya tentang situasi semasa yang berlaku di UPM serta keadaan anak-anak mereka secara langsung.

Semoga dengan sesi interaksi secara berkala ini dapat mengubat rindu dan mengurangkan kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang tidak dapat pulang kerana perintah kawalan pergerakan serta dapat mengeratkan lagi hubungan pengurusan UPM dengan ibu bapa.

 

 

Ditulis Oleh :


Pn. Marlinah Binti Muslim
Pegawai Eksekutif
Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar, BHEP

Tarikh Input: 18/04/2020 | Kemaskini: 05/08/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETWA1~