[14/06/2017] Lawatan Penanda Aras (EKSA) Dari Pejabat Pendaftar, Pusat Islam Dan Pejabat Pembangunan & Pengurusan Aset | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [14/06/2017] Lawatan Penanda Aras (EKSA) Dari Pejabat Pendaftar, Pusat Islam Dan Pejabat Pembangunan & Pengurusan Aset

[14/06/2017] Lawatan Penanda Aras (EKSA) Dari Pejabat Pendaftar, Pusat Islam Dan Pejabat Pembangunan & Pengurusan Aset

Serdang, 14 Jun – Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menerima kunjungan pelawat dari PTJ UPM iaitu Pejabat Pendaftar, Pusat Islam dan Pejabat Pembangunan & Pengurusan Aset.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat aplikasi pelaksanaan EKSA di Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Ketibaan pelawat disambut oleh Encik Noor Mohamad bin Shakil Hameed selaku Pengerusi EKSA BHEP, Ketua-ketua Jawatankuasa dan Zon serta sesi bergambar bersama pelawat di hadapan Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Lawatan diteruskan dengan sesi perkongsian yang disampaikan oleh Pengerusi EKSA BHEP dan pelawat juga dibawa melawat ke Zon An-Nabawi bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di BHEP. Lawatan ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

 
Galeri Gambar
 Sumber berita: Mohd. Sahrizan Mat Yatim

 

Tarikh Input: 23/08/2017 | Kemaskini: 17/02/2019 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdQAX~