13 Jun 2020, UPM Serdang – Selari dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi supaya semua kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka dipindahkan kepada kaedah PdP secara dalam talian sehingga 31 Disember, Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar mengambil inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar mendapatkan semula peralatan dan bahan-bahan kuliah seperti komputer, komputer riba, buku dan bahan rujukan yang disimpan di kolej-kolej kediaman.
Inisiatif yang dinamakan sebagai Perkhidmatan PutraPAC ini telah dilaksanakan selama empat hari bermula 8 Jun 2020. Terdapat dua pilihan perkhidmatan yang boleh dipilih oleh pelajar. Pelajar boleh memohon supaya peralatan dan bahan-bahan kuliah dihantar terus ke rumah pelajar atau pelajar boleh mengambil sendiri peralatan dan bahan-bahan kuliah tersebut di padang kawad UPM.
Sepanjang tempoh empat (4) hari tersebut sebanyak lebih 400 permohonan telah diuruskan. Maklum balas yang diterima dari pelajar berhubung program ini sangat positif, tinjauan yang dibuat juga mendapati perkhidmatan ini perlu dilaksanakan lagi bagi membantu pelajar-pelajar mendapatkan peralatan dan bahan-bahan kuliah untuk memulakan PdP dalam norma baharu.
Tarikh Input: 30/06/2020 | Kemaskini: 05/08/2020 | mshahrul
Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan