[13/04/2020] Semangat Kita Jaga Kita: Pelajar Bantu Pelajar | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [13/04/2020] Semangat Kita Jaga Kita: Pelajar Bantu Pelajar

[13/04/2020] Semangat Kita Jaga Kita: Pelajar Bantu Pelajar

 

Serdang, 13 April 2020 - Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung Universiti Putra Malaysia (GPMS UPM) bersama Mahasisawa Prihatin (MP) telah mengambil inisiatif untuk menyumbang 1000-unit makanan kering, dalam bentuk roti pelbagai perisa. Inisiatif ini membuktikan bahawa pelajar juga bersemangat serta tidak ketinggalan menjalankan peranan mereka dalam menjaga kebajikan rakan-rakan yang masih berada di kampus.

 

Penyerahan barangan sumbangan yang dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman ini telah dilakukan di Bilik Gerakan Covid19 HEPA, Kolej Pendeta Za’ba. Menurut Ketua Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA), Pn. Noorizai bt Mohd Noor, sumbangan ini adalah sikap terpuji pelajar yang peka kepada keperluan rakan-rakan mereka secara menyeluruh dan ia adalah satu bentuk hasil dalam proses memantapkan keperibadian pelajar-pelajar kita. Agihan sumbangan ini telah dilakukan mengikut keberadaan para pelajar di kolej-kolej kediaman dengan bantuan kakitangan yang bertugas di Bilik Gerakan Covid19 dibantu rapat oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM.

Gerakan bersifat inklusif dan kolektif ini mempamerkan keperibadian pelajar UPM yang prihatin terhadap keadaan semasa komuniti mereka. Adalah diharapkan supaya nilai seumpama ini akan terus terpupuk dalam kalangan mahasiswa UPM pada masa akan datang.

 

Ditulis oleh;

Azlan Bin Ibrahim
Penolong Pendaftar Kanan
Seksyen Pengurusan Aktiviti Pelajar, BHEP

Tarikh Input: 19/04/2020 | Kemaskini: 05/08/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUSAS~