[13/04/2020] Bantuan Makanan Bermasak | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [13/04/2020] Bantuan Makanan Bermasak

[13/04/2020] Bantuan Makanan Bermasak

    

Serdang, 13 April 2020 - Bahagian Hal Ehwal (BHEP) UPM telah mengambil inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar UPM yang tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 sehingga lanjutan terkini pada 28 April 2020 sepertimana yang telah diarahkan oleh kerajaan.

Demi menjaga Kebajikan serta keselamatan pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menyediakan makanan percuma kepada semua pelajar berkenaan dan pelajar akan diberikan 3 hidangan makanan iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam pada setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menambahbaik dengan melantik 4 vendor makanan yang terdiri daripada Astana Putra, MMA Eagle Cafe & Catering, Norzack Catering dan Canselor Resources agar pengurusan makanan pelajar lebih teratur dan efisyen. Vendor-vendor yang telah dilantik perlu memastikan agar dapat menyediakan menu yang sihat kepada pelajar-pelajar UPM.

 

Ditulis oleh 

Suzana binti Mior Mohamad Dwazi
Pembantu Tadbir (P/O) Kanan
Seksyen Pentadbiran dan Kewangan, BHEP

Tarikh Input: 18/04/2020 | Kemaskini: 05/08/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUQAX~