[01/04/2020] UPM Jaga Kebajikan Pelajar Luar Kampus Sepanjang PKP | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [01/04/2020] UPM Jaga Kebajikan Pelajar Luar Kampus Sepanjang PKP

[01/04/2020] UPM Jaga Kebajikan Pelajar Luar Kampus Sepanjang PKP

SERDANG, 1 April – Kira-kira 1600 orang pelajar luar kampus UPM yang tinggal di sekitar kawasan Serdang dan Seri Kembangan turut menjalani arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah pencegahan kes pendemik koronavirus (COVID19).

Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Fahmi Azar Mistar berkata bantuan bahan mentah ini membantu menghadkan pergerakan pelajar keluar membeli bahan makanan sepanjang tempoh PKP. “Sumbangan bahan mentah 5221 (5 kilo beras, 2 kilo gula, 2 kilo tepung dan 1 peket minyak masak) ini diagihkan kepada pelajar luar kampus secara berperingkat dengan bantuan persatuan pelajar MPP dan UPMISA.

“Sehari kira-kira 50 ke 60 set bahan mentah 5221 diedarkan kepada pelajar luar kampus yang kebanyakkan terdiri daripada pelajar antarabangsa, “katanya ketika menyertai program edaran makanan pelajar luar kampus di sekitar Seri Kembangan. UPM sentiasa mengambil berat tentang kebajikan, keselamatan dan kesihatan para pelajar luar kampus dan berharap dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban para pelajar dan memberi ruang kepada mereka untuk fokus kepada bidang akademik sepanjang PKP.

 

Ditulis Oleh; 

Shamilah binti Samian
Penolong Pendaftar Kanan
Seksyen Pengurusan Kebajikan dan Tatatertib Pelajar, BHEP

 

Tarikh Input: 14/04/2020 | Kemaskini: 05/08/2020 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdEA1~