Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi UPM (SCPHUPM) telah berjaya meraih sebanyak 4 pingat Emas dan 3 pingat Perak dalam Kejuaraan Wajadiri Pusaka Hanafi Peringkat Kebangsaan (IPT & Sekolah) 2019.
Secara keseluruhannya daripada 6 kategori (Lelaki & Wanita) yang dipertandingkan, Kontinjen SCPH-UPM berjaya membawa pulang 4 pingat emas dan 3 Perak bagi kategori sepasang pisau (lelaki dan wanita), kategori sepasang tongkat (lelaki dan wanita), kategori sepasang kaki (lelaki), kategori berkumpulan umum kreatif (wanita), kategori berkumpulan papan sekeping (wanita).
Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi UPM (SCPHUPM)
meraih 4 pingat Emas dan 3 pingat Perak
Kontinjen SCPH-UPM yang diwakili oleh 31 orang yang terdiri daripada 19 peserta dan 15 penyokong. Tahun ini merupakan penganjuran kali ke-23 dengan penyertaan seramai 4,000 orang anak-anak muda daripada 90 kontinjen Silat Cekak Pusaka Hanafi telah mewakili sekolah dan institusi pendidikan tinggi seluruh negara.
Tahniah dari kami warga Bahagian Hal Ehwal Pelajar,UPM kerana mengharumkan nama UPM di persada Antarbangsa.
Oleh : Mohd Hasrul Hamdan
Tarikh Input: 10/04/2019 | Kemaskini: 24/04/2019 | mshahrul
Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan