Pengalaman Misi Sukarelawan Siswa YSS-KKN Ke Belitung Timur, Bangka Belitung, Republik Indonesia 2018. | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ARTIKEL » Pengalaman Misi Sukarelawan Siswa YSS-KKN Ke Belitung Timur, Bangka Belitung, Republik Indonesia 2018.

Pengalaman Misi Sukarelawan Siswa YSS-KKN Ke Belitung Timur, Bangka Belitung, Republik Indonesia 2018.

Misi YSS-KKN (Kuliah Kerja Nyata) ke Belitung Timur, Bangka Belitung, Indonesia itu berlangsung dari 18 Februari 2018 sehingga 6 Mac 2018. Ini adalah misi pertama YSS dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia ke Indonesia melalui jalinan strategik antara Institut Kalbis dan Kementerian Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Republik Indonesia (RISTEKDIKTI) bersama YSS di bawah program KKN. Jalinan hubungan kerjasama bertujuan untuk mengeratkan hubungan  Malaysia-Indonesia dalam konteks ASEAN. KKN adalah  kegiatan pengabdian mahasiswa kepada masyarakat dengan menjalankan  kerja sukarelawan pada waktu dan tempat tertentu yang diperkenalkan sejak 1971. RISTEKDIKTI  mewajibkan setiap institusi pendidikan tinggi melaksanakan KKN sebagai kegiatan kokurikulum  berpandukan tiga aturan iaitu pendidikan, penelitian dan pengabdian. Pembabitan dalam KKN menjadi salah satu syarat wajib bagi mahasiswa di Indonesia bergraduasi.

Siswa Sdri. Adila memberikan penerangan mengenai ‘goal setting’ bersama pelajar-pelajar

 

Secara dasarnya, dapat saya katakan bahawa erti disebalik sukarelawan itu adalah apabila anda memberi sesuatu yang bermakna walaupun nilainya tidak tinggi tetapi ia dapat diukur dari segi jangka masa sesuatu bantuan itu dapat digunakan oleh orang ramai, kata, Sdri. Adilah. Jadi, kami telah dilatih untuk melaksanakan beberapa bantuan dimana lebih memfokuskan kepada bagaimana untuk membangunkan kawasan Kampung Desa Baru sebagai pusat pelancongan.

 

Antara pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan apabila setiap hari saya perlu berjalan kaki sejauh 1.5 kilometer kerana jarak rumah host family saya yang jauh dengan Balai Dusun dimana tempat kami perlu berkumpul pada setiap pagi sebelum memulakan aktivti projek-projek kami. Dari sini dapat saya konklusikan bahawa masyarakat Desa Baru sangat ramah dan sentiasa memberikan senyuman tatkala kami bersua muka. Teryata suasana nyaman dan damai ini merupakan satu aspek penting dalam menjadikan kawasan Desa Baru ini sebagai kawasan tarikan pelancongan dimasa akan datang. Selain itu, saya berpeluang untuk melakukan sesi diskusi bersama doktor terlatih dan pegawai perubatan di Pusat Kesihatan Masyarakat (PUSKESMAS) bagi membincangkan beberapa aktivti kesihatan yang ingin dijalankan di kawasan Desa Baru, menurut kata Sdri. Ismazatul

 

Tarikh Input: 30/03/2018 | Kemaskini: 19/07/2018 | m_izrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1575793996