Nahwan Nur Di Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-60 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ARTIKEL » Nahwan Nur di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-60

Nahwan Nur di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-60

Kumpulan Nasyid Nahwan Nur, UPM telah dijemput sebagai artis undangan untuk membuat persembahan pembukaan di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-60 di PWTC baru - baru ini.

Kumpulan tersebut terdiri daripada lapan orang ahli telah menyampaikan dua buah lagu iaitu Al-Quran Kalamullah dan Panggilan Jihad yang bersesuaian dengan tema MTHQA.

Majlis ini telah berlangsung selama enam hari bermula dari 07 - 12 Mei 2018 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra. Seramai 61 peserta dari 47 negara telah menyertai majlis tilawah kali ini dengan 21 negara menyertai kategori Tilawah Al-Quran dan 26 negara menyertai kategori Hafazan Al-Quran.

Turut berangkat dan berkenan menyampaikan hadiah pada majlis itu Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Artikel oleh : Mardiah Azhar

Tarikh Input: 02/07/2018 | Kemaskini: 19/07/2018 | m_izrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1575793698