Mohd. Sahrizan Presiden Kelab Kebajikan Dan Sosial BHEP | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ARTIKEL » Mohd. Sahrizan Presiden Kelab Kebajikan dan Sosial BHEP

Mohd. Sahrizan Presiden Kelab Kebajikan dan Sosial BHEP

SERDANG, 1 Julai - Ahli Mesyuarat Kelab Kebajikan dan Sosial BHEP telah sebulat suara melantik barisan kepimpinan baharu sejurus selepas pembubaran AJK kelab baru - baru ini. Mesyuarat tersebut berlangsung semasa jamuan Hari Raya yang diadakan di BHEP baru-baru ini. 

Tahniah diucapkan kepada empat orang staf yang dilantik iaitu En. Mohd. Sahrizan bin Mat Yatim, En. Mohd. Desa bin Esmahil, Pn. Azriza binti Azizan dan Pn. Shamilah binti Samian.

 

Jawatan Kuasa baharu Kelab Kebajikan dan Sosial BHEP 

 

Turut hadir dalam majlis jamuan Hari Raya tersebut adalah Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor (HEPA), YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Fahmi Azar Mistar, staf-staf BHEP, staf-staf UPM, pelajar-pelajar serta bekas pelajar UPM (Alumni).

 

Antara tetamu yang hadir

 

 

 Berita Oleh : Nor Asyikin Yusof

Tarikh Input: 15/07/2019 | Kemaskini: 16/07/2019 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1571274021