Minyak enjin atau juga disebut sebagai minyak pelincir adalah berfungsi melancarkan pergerakan bahagian- bahagian yang bergerak di dalam enjin dan mengurangkan geseran.
Antara fungsi lain minyak enjin adalah seperti berikut:
Minyak enjin memastikan pemanduan kereta anda senyap dan lancar. Minyak enjin perlu ditukar mengikut tempoh masa pengunaan atau jumlah jarak perjalanan(mileage). Secara umumnya, minyak enjin jenis sintetik separuh (semi-synthetic) boleh digunakan sehingga 5,000 km atau 3 bulan, manakala minyak sintetik penuh (fully synthetic) boleh digunakan sehingga 10,000 km atau 6 bulan. Namun, ada juga sesetengah pengeluar minyak menetapkan tempoh masa yang berbeza-beza.
Jangan biarkan minyak di dalam enjin kereta melebihi had yang ditetapkan kerana ini boleh meninggalkan keladak yang akan melekat dan menebal pada bahagian dalam enjin. Ini boleh menyebabkan pelbagai masalah lain dan kerosakan kritikal pada enjin. Seterusnya melibatkan kos yang besar untuk baik pulih.
Anda juga boleh mengetahui sukatan atau kelikatan minyak enjin melalui penyukat minyak enjin atau lebih dikenali sebagai “dipstick”. Pastikan sukatan minyak berada di paras yang mencukupi.
Anda juga disyorkan untuk menukar penapis minyak (oil filter) setiap kali anda menukar minyak enjin.
Disediakan oleh : Tuan Arkhan bin Tuan Yacob
Tarikh Input: 25/10/2018 | Kemaskini: 03/11/2018 | mshahrul
Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan