Malaysia Japan Look East Policy Program 2018 Di Kyushu Institute Of Technology | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ARTIKEL » Malaysia Japan Look East Policy Program 2018 di Kyushu Institute of Technology

Malaysia Japan Look East Policy Program 2018 di Kyushu Institute of Technology

Seramai 24 orang peserta sedang mengikuti Program Mobiliti Pengantarabangsaan Global Project: Malaysia Japan Look East Policy Program 2018 di Kyushu Institute of Technology, Fukuoka, Jepun yang berlangsung selama 15 hari dari 27 June hingga 11 July 2018.

 

Program ini bertujuan untuk memberi suatu pengalaman yang bermakna kepada para peserta. Pihak Kyutech telah menyediakan modul program seperti mengikuti kelas bahasa Jepun, lawatan ke makmal robotik, menjalankan ujikaji ringkas, lawatan ke kilang industri berat dan pusat kitar semula berteknologi tinggi, serta aktiviti bersama masyarakat setempat di Kitakyushu, Jepun.  

Program ini adalah berdasarkan fasa-fasa pada tahun yang sebelumnya. Objektif program ini bertujuan untuk mempelajari budaya serta mempraktikkan etika dan budaya kerja berdisiplin tinggi masyarakat Jepun, ‘Japanese Culture and Work Ethics’ mereka. Selain itu, berkongsi ilmu dan pengetahuan secara teori dan praktikal daripada pakar-pakar bidang terbabit, serta memperkembangkan kolaborasi akademik antara warga UPM dan Kyutech.

 

Tarikh Input: 04/07/2018 | Kemaskini: 11/09/2018 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1575794310