Kolej 17 (Arustika Putrasakti) Mengungguli Festival Rampai Tari Interkolej 2018 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ARTIKEL » Kolej 17 (Arustika Putrasakti) Mengungguli Festival Rampai Tari Interkolej 2018

Kolej 17 (Arustika Putrasakti) Mengungguli Festival Rampai Tari Interkolej 2018

Festival Rampai Tari Interkolej 2018 telahpun melabuhkan tirainya pada 24 Mac 2018 (Sabtu) yang lalu dengan menyaksikan sebanyak 13 buah kolej kediaman UPM berentap untuk merebut gelaran Juara.  Kolej Tujuh Belas (Kumpulan Tari Arustika Putrasakti) telah mengungguli pertandingan ini dengan berjaya memenangi Johan Keseluruhan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM500, piala iringan dan sijil.  Selain daripada itu kolej 17 juga memenangi Anugerah Pengolah Tari Terbaik, Anugerah Penari Lelaki Terbaik dan Anugerah Busana Terbaik.  Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Tari Arustika Putrasakti.  Sementara itu, Naib Johan disandang oleh Kolej Keenam yang membawa pulang wang tunai RM300 piala dan sijil sementara Tempat Ketiga telah dimenangi oleh Kolej Tun Perak dan membawa pulang wang tunai RM200 piala dan sijil.

 

Festival Rampaitari Interkolej 2018 ini telah  dianjurkan oleh Kelab Senitari Adimastuli dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM yang turut menyempurnakan sesi penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para juri dan pemenang.  Pertandingan ini telah diadakan dengan meriahnya di Dewan Besar PKKSAAS UPM dengan dibanjiri lebih 2000 orang penonton yang terdiri daripada warga UPM, penggiat seni tanah air dan orang tempatan.

 

Tahniah & syabas kepada semua kolej yang menyertai. Tahniah kepada semua pemenang.

Keputusan penuh seperti di bawah:

 

Anugerah Publisiti : Seta Walinongsari K10K11
Anugerah Khas Juri: Seta Walinongsari K10K11
Anugerah Busana Terbaik: Arustika Putrasakti K17
Anugerah Pengolah Tari Terbaik: Arustika Putrasakti K17

Penari Lelaki Terbaik: Arustika Putrasakti K17
Penari Wanita Terbaik: K16

Tempat ke-3: Kolej Tun Perak
Naib Johan: K6
Johan: Arustika Putrasakti K17

Tarikh Input: 30/03/2018 | Kemaskini: 20/07/2018 | m_izrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1571591947