Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra) Johan Tarian | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ARTIKEL » Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra) Johan Tarian

Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra) Johan Tarian

Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra) telah menjadi  johan dalam pertandingan Rutra Sangamam (Natyamela 2.0) anjuran Kelab Bharatham Universiti Malaysia Terengganu yang telah diadakan pada 23hb Mac 2019 (Sabtu), pada jam 7.30 malam sehingga 11.30 malam, yang bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. Putra Kalakshetra telah diwakili  9 orang penari yang terdiri daripada 6 perempuan dan 3 lelaki dan diketuai oleh Presiden Putra Kalaksehtra, Paruvintharaj a/l Shanmugam.

 

Kelab Tarian Klasik India (Putra Kalakshetra) Johan

 

Dengan kemenangan ini Kelab Tarian Klasik India Putra (Putra Kalakshetra) telah membawa wang tunai bernilai RM 4000.00. Pihak Bahagian Hal Ehwal berbangga dengan kemenangan ini kerana telah mengharumkan nama UPM di peringkat tertinggi.

 

Berita asal oleh :Kelab Kalakshetra
Olahan : Mohd Hasrul Hamdan

 

 

 

Tarikh Input: 10/04/2019 | Kemaskini: 29/06/2019 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1575794288