Anugerah Tokoh Siswa : Kementerian Pengajian Tinggi | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ARTIKEL » Anugerah Tokoh Siswa : Kementerian Pengajian Tinggi

Anugerah Tokoh Siswa : Kementerian Pengajian Tinggi

SEJARAH PENGANJURAN

Anugerah Tokoh Siswa merupakan anugerah yang dapat mengiktiraf dan memberi galakan kepada mahasiswa yang telah banyak berusaha untuk menjadi modal insan yang holistik dan kompeten selari dengan kehendak ekonomi serta pembangunan masa kini. Oleh yang demikian, Majlis Anugerah Tokoh Siswa yang pertama kali telah berjaya dilaksanakan pada 1 Mac 2013. Selaras dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025, Kementerian meneruskan pengktirafan tersebut dengan menganjurkan Majlis Anugerah Tokoh Siswa bagi melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi ilmu dan akhlak. Ini adalah kerana melalui program- program kepimpinan dan kesukarelawanan yang dilaksanakan oleh mahasiswa, mereka berupaya meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa, kemahiran dalam kepimpinan, etika dan rohani serta meningkatkan tahap integrasi dan perpaduan nasional. Sejarah penganjuran Anugerah Tokoh Siswa adalah seperti berikut:

 

ANUGERAH PENGHARGAAN KHAS KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Penghargaan Khas Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi diberi kepada mahasiswa IPT yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa secara berpasukan. Penerima penghargaan khas Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah memenangi sama ada tempat pertama, kedua atau ketiga dalam semua bidang KECUALI bidang sukan yang telah memberi impak yang tinggi dan berterusan sepanjang pengajian. Penghargaan khas KSU tidak dipertandingkan dalam Anugerah Tokoh Siswa.

 

ANUGERAH PENGHARGAAN KHAS KETUA PENGARAH PENDIDIKAN TINGGI

Penghargaan Khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi diberi kepada mahasiswa IPT yang telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa secara individu. Penerima penghargaan khas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT) hendaklah memenangi sama ada tempat pertama, kedua atau ketiga dalam semua bidang KECUALI bidang sukan yang telah memberi impak yang tinggi dan berterusan sepanjang pengajian. Penghargaan khas KPPT tidak dipertandingkan dalam Anugerah Tokoh Siswa.

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi

Tarikh Input: 18/01/2023 | Kemaskini: 18/01/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUNA0~