Telegram UPM Prihatin , Inisiatif Baharu Penyampaian Maklumat Kepada Pelajar Baharu | Student Affairs Division
» ARTICLE » Telegram UPM Prihatin , Inisiatif Baharu Penyampaian Maklumat Kepada Pelajar Baharu

Telegram UPM Prihatin , Inisiatif Baharu Penyampaian Maklumat Kepada Pelajar Baharu

Minggu Perkasa Putra diadakan pada 12 hingga 15 Oktober 2020 secara dalam talian diadakan sempena kemasukan pelajar baharu bagi Sesi Akademik 2020/2021. Pelbagai program dicakna secara dalam talian berlangsung sepanjang Minggu Perkasa Putra kali ini dengan memberikan penekanan kepada kepentingan akademik, sahsiah dan juga tatacara norma baharu di kampus pada masa akan datang.

Di samping itu, di atas Dasar Malaysia Prihatin oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan satu kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar baharu dengan mewujudkan satu aplikasi Telegram UPM Prihatin yang dinamakan Tele@info UPM sebagai satu wadah dalam kaedah penyampaian maklumat kepada semua pelajar baharu sesi kemasukan 2020/2021 ke Universiti Putra Malaysia sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada masa kini.

Melalui aplikasi Telegram UPM Prihatin ini sesi slot universiti dapat di terjemahkan kepada pelajar baharu dengan lebih mudah dan lancar serta tidak memerlukan kehadiran fizikal pelajar baharu ke kampus Universiti Putra Malaysia. Pada aplikasi Telegram UPM Prihatin ini, seramai 3,382 (subcribe) pelajar baharu telah melayari aplikasi tersebut.

Date of Input: 27/10/2020 | Updated: 27/10/2020 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
CUMFSAU:18:12