Scouts Of The World Award 2019 | Student Affairs Division
» ARTICLE » Scouts of the World Award 2019

Scouts of the World Award 2019

Tahniah Mohd Azrol Hafizi Bin Azman dan Atikah Binti Che Ismail dari Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM UPM) Universiti Putra Malaysia di atas pencalonan (Scouts of the World Award) di Malaysia 2019. Terdiri daripada 12 orang ahli, pasukan Walkside by Rovs Project ini telah melaksanakan projek pembinaan laluan pejalan kaki sepanjang 100 meter dengan mengunakan kira-kira 80,000 penutup botol plastik minuman yang telah dikumpulkan melalui pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti promosi kempen pendedahan kepentingan penjagaan alam sekitar kepada para pelajar sekolah dan universiti, pembersihan di jalanan, hari terbuka di karnival, sektor korporat dan media sosial.

Misi projek ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di seluruh negara Malaysia mengenai kepentingan amalan kitar semula 3R (Reduce,Reuse,Recycle). Kedua adalah untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat dengan kemudahan laluan pejalan kaki yang disediakan. Ketiga adalah untuk meningkatkan semangat bersama masyarakat setempat untuk terus melakukan kempen kesedaran penjagaan alam sekitar (Messenger of Peace).

Ketiga, projek turut memberi impak global yang besar kearah Pencapaian Dunia Mapan (Sustainable Development Goals) yang memberi kesan jangka panjang kepada komuniti dunia antaranya :

Goal 9 – Penggunaan Barangan Kitar Semula

Goal 11 – Menyediakan Laluan Pejalan Kaki Untuk Masyarakat Setempat

Goal 13 – Menggalakkan Komuniti Untuk Mengambil Bahagian Bersama Dalam Meningkatkan Taraf Alam Sekitar

Goal 15 – Pelaksanaan kongsep amalan kitar semula 3R (Reduce,Reuse,Recycle) dapat mengurangkan ancaman kepada manusia dan haiwan yang hidup di daratan dengan mengurangkan sampah sarap.

Scouts of the World Award (Anugerah Pengakap Dunia) direka untuk mencabar semua pengakap muda dan bukan pengakap (belia) lingkungan umur 15 hingga 26 tahun di seluruh dunia. Program ini menawarkan peluang untuk semua pengakap muda dan bukan pengakap (belia) di seluruh dunia untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk menjadi warganegara dunia : seseorang yang boleh memainkan peranan yang aktif dalam membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik, bermula dengan komuniti setempat.

Program ini juga berdasarkan 17 Suistanable Development Goals. Berdasarkan 17 SDG tersebut, World Organization of the Scout Movement (WOSM) memilih 3 perkara yang perlu difokuskan untuk menjayakan anugerah dunia ini di mana ia memilih development, peace and environment. Untuk menerima anugerah ini, peserta haruslah membina satu projek berdasarkan 3 perkara ini dikalangan komuniti setempat. Bukan itu sahaja, untuk melengkapkan anugerah ini juga peserta perlulah membina sesuatu projek (voluntary service) untuk jangka masa yang panjang dan dijalankan secara individu ataupun kumpulan.

Bilangan pencalonan bagi kumpulan Walkside By Rovs Project adalah terdiri daripada 2 orang ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Putra Malaysia (KLKM UPM) dan 10 orang ahli Pengakap Kelana Malaysia yang terdiri dari pelbagai negeri/wilayah seperti Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Johor.

Jumlah keseleruhan calon adalah 44 orang ahli Pengakap Kelana Malaysia yang terdiri dari 6 kumpulan projek seperti :

  1. WALKSIDE BY ROVS. PROJECT
  2. MISA ISLAND GOAT PROJECT
  3. REUSE RECYCLE GARDEN PROJECT
  4. LIGHT BUZZING PROJECT
  5. WASH PROJECT
  6. PROJECT BASIC (Beautifying Aruk's School Infrastructure and Conduciveness)

Calon-calon yang lulus penilaian projek mereka secara individu akan menerima Anugerah Pengakap Dunia (Scouts of the World Award) daripada Ketua Pengakap Negara (Malaysia) dan mendapatkan pengiktirafan dari World Organization of the Scout Movement (WOSM).

Berita oleh : Mohd Azrol Hafizi Bin Azman

Date of Input: 24/07/2019 | Updated: 29/07/2019 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1569180733