Program Lawatan Mahasiswa OKU UPM Di Dataran Pahlawan Melaka | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» AKTIVITI » Program Lawatan Mahasiswa OKU UPM di Dataran Pahlawan Melaka

AKTIVITI

Tajuk Acara
Program Lawatan Mahasiswa OKU UPM di Dataran Pahlawan Melaka
Tarikh
14 Jan 2023 - 14 Jan 2023
Masa
08.00 - 05.00
Lokasi
MELAKA
Ringkasan Acara
Program tersebut telah dianjurkan oleh ahli jawatankuasa daripada Persatuan Mahasiswa OKU UPM dan diselaraskan oleh Encik Ikhmal Shafiq dan Dr Wan Arnidawati untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Seramai 39 orang pelajar dan dua orang pegawai pengiring telah menyertai program tersebut.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti Muzium Kastam Melaka, Muzium Senibina Malaysia, Kota A Famosa dan banyak lagi. Selain itu, para peserta juga telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diminta untuk membuat video khas berkaitan tempat yang dikunjungi.

Kemaskini:: 19/01/2023 [azhar.mahdzir]

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
WWKDVAd:21:43