Penyerahan Sumbangan Komputer Riba | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» AKTIVITI » Penyerahan Sumbangan Komputer Riba

AKTIVITI

Tajuk Acara
Penyerahan Sumbangan Komputer Riba
Tarikh
22 Jun 2021 - 22 Jun 2021
Masa
01.00 - 07.30
Lokasi
UPM
Ringkasan Acara
PERANTI YANG DINANTI
Meski pun sebahagian wajah mereka ditutupi pelitup muka, namun kegembiraan mereka jelas terpancar pada sinar mata dan ucapan terima kasih yang tidak lekang daripada bibir mereka.
Ada di antara mereka yang peranti telah lama rosak dan tidak dapat diperbaiki kerana perlu berjimat serta mengikat perut.
Ada juga di antara mereka yang hanya meminjam peranti terpakai pemberian abang yang kerap kali mogok dan ada juga yang terpaksa meminjam peranti daripada kawan-kawan yang berbeza-beza.
Kini, mereka semua tidak perlu risau lagi.
Peranti diterima dengan penuh ucapan kesyukuran dan jutaan terima kasih.
Kami turut sebak apabila mendengar mereka sebak.
Kami turut gembira apabila melihat mereka gembira.
Terima kasih Yayasan Tunku Abdul Rahman
Terima kasih CSR Kementerian Pengajian Tinggi

Kemaskini:: 22/06/2021 [azhar.mahdzir]

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEYCAc~