Pengagihan Bantuan Kepada Para Pelajar UPM Di Kampus Dan Di Luar Kampus Sepanjang PKP | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» AKTIVITI » Pengagihan bantuan kepada para pelajar UPM di kampus dan di luar kampus sepanjang PKP

AKTIVITI

Tajuk Acara
Pengagihan bantuan kepada para pelajar UPM di kampus dan di luar kampus sepanjang PKP
Tarikh
08 Jun 2021 - 08 Jun 2021
Masa
10.00 - 04.00
Lokasi
Food Bank UPM
Ringkasan Acara
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM telah membentuk barisan hadapan untuk mengagihkan bantuan kepada para pelajar UPM di kampus dan di luar kampus sepanjang tempoh yang amat mencabar ini.
Bukan mudah untuk menguruskan semua sumbangan ini tanpa para sukarelawan dan kumpulan barisan hadapan. Bermula dengan usaha untuk mendapatkan sumbangan, seterusnya mengangkat dari lokasi penyumbang dan memindahkannya ke Food Bank UPM.
Tidak habis di situ, semuanya perlu diasingkan dan disusun mengikut kategori kumpulan sebelum diangkat sekali lagi ke dalam kenderaan UPM pula untuk dibawa ke lokasi agihan.
Semoga Allah SWT membalas semua usaha murni dan amal bakti ini dengan sebaik-baik ganjaran di dunia dan di akhirat.

Kemaskini:: 10/06/2021 [azhar.mahdzir]

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdOAc~