LAWATAN DELEGASI BAHAGIAN MAHASISWA HOLISTIK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI & KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» AKTIVITI » LAWATAN DELEGASI BAHAGIAN MAHASISWA HOLISTIK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI & KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE UPM

AKTIVITI

Tajuk Acara
LAWATAN DELEGASI BAHAGIAN MAHASISWA HOLISTIK, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI & KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KE UPM
Tarikh
06 Jan 2023 - 06 Jan 2023
Masa
10.00 - 12.30
Lokasi
UPM
Ringkasan Acara
Bahagian Mahasiswa Holistik dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat lawatan bagi melihat pelaksanaan Menu Keluarga Malaysia dan bantuan kupon makanan.
Selain daripada itu, kementerian kesihatan malaysia ingin memperkenalkan MyMeal dan menu sihat di Universiti Putra Malaysia, ini secara tidak langsung dapat menjaminkan menu yang di hidangkan oleh pihak pengusahakan gerai makanan di UPM adalah menu yang terbaik dan sihat.
Inisiatif ini dapat menjaga kualiti makanan di setiap gerai makanan Universiti Putra Malaysia dan dapat mengawal harga makanan untuk mahasiswa mahasiswi UPM.
Lawatan ini dihadiri oleh Pengarah BMH KPT En. Hirman bin Awang dan Pegawai Khas YBM KPT En. Danial Khaleq bin Mohd Ali serta di Bahagian Pemakanan KKM di hadiri ole Puan Zaiton Daud (Timbalan Pengarah), Puan Ainan Nasrina Ismail (Ketua Penolong Pengarah Kanan), dan Puan Noor Faezah Abdul Jalil (Penolong Pengarah).

Kemaskini:: 11/01/2023 [azhar.mahdzir]

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdCAe~