Event Title
Kem Perdana Putra Madani 2023 Kem Perdana Putra Madani 2023
Date
01 Sep 2023 - 04 Sep 2023
Event Summary
Kem ini berjaya mengumpulkan barisan kepimpinan universiti yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Kolej, Persatuan Mahasiswa Fakulti, Kelab dan Persatuan yang bernaung di bawah aspirasi Universiti Putra Malaysia.
Pelan Strategik Universiti Putra Malaysia 2021 – 2025 merupakan sebuah dokumen perancangan yang dibangunkan dalam jangka masa lima tahun bertujuan bagi meneruskan legasi kecemerlangan universiti. Lima matlamat utama yang digariskan iaitu Melahirkan Watak Graduan Berdaya Tahan Mendepani Cabaran Mendatang, Mewujudkan Hab Penyelidikan dan Inovasi yang Menjanakan Nilai Berteraskan Ekosistem Lestari, Melestarikan Perkhidmatan Jaringan Industri dan Masyarakat, Memperkasakan Pertanian dan Ketahanan Sekuriti Makanan serta Memperteguh Tadbir Urus Institusi, Kemampanan Kewangan dan Amalan Kelestarian Hijau.
Updated:: 21/09/2023 [azhar.mahdzir]
MEDIA SHARING