بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ وَبِهِ نَسْتَعِين
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنِ اتَّبَعَ هُدَاهُ إِلَى يَوْمِ الدِّين
Assalamualaikum wbh, salam sejahtera dan salam UPM Prihatin.
Tahniah, laman sesawang rasmi hep.upm.edu.my ini tersedia untuk dilayari dan mampu berfungsi sebagai sumber maklumat yang efektif kepada warga kampus dan umum.
Laman sesawang ini merupakan rujukan utama warga kampus dan ia wajar dikekalkan sebagai ruangan ilmiah yang padat dengan maklumat untuk memastikan laman sesawang ini dapat berfungsi sebaik mungkin sebagai sumber maklumat khusus yang sahih dan efektif.
Alhamdulillah, saya telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Putra Malaysia (UPM) selama tiga tahun mulai 1 Oktober 2020. Perlantikan ini disusuli dengan tanggungjawab yang besar dan saya sentiasaa mengharapkan doa daripada semua agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada universiti.
Saya teruja dan mengharapkan komitmen yang tinggi dari warga kampus untuk mengetuai keseluruhan pentadbiran entiti Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) universiti terutamanya menguruskan hal ehwal pelajar dan alumni di kampus bagi melahirkan mahasiswa yang berkredibiliti tinggi dan graduan yang mampu bersaing secara sihat di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Usaha ini merupakan agenda utama untuk memastikan kebolehpasaran graduan dapat direalisasikan sesuai dengan matlamat universiti bagi melahirkan lebih ramai lagi graduan yang berkualiti tinggi dan mempunyai penguasaan kemahiran insaniah yang holistik.
Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada mahasiswa, HEPA melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar sentiasa komited untuk menganjurkan aktiviti pelbagai yang memberi impak besar kepada mahasiswa berasaskan JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual kepada pelajar.
Akhir kata, diharap dengan tersedianya laman sesawang rasmi Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini penyaluran maklumat dan keterlihatan bahagian lebih terserlah dipersada industri pendidikan tinggi.
Prof. Dr Arifin Abdu
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni)
Universiti Putra Malaysia
Updated:: 25/06/2021 [nuruliman]
Universiti Putra Malaysia
Ground Floor, Cancellory Putra's Building
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan