Terma Dan Syarat | Student Affairs Division
» SERVICES » Ruang Publisiti & Promosi » Terma dan Syarat

Terma dan Syarat

KEPERLUAN AM PERMOHONAN 

1. Log masuk google akaun peribadi/email rasmi UPM.

2. Salinan BERWARNA rekabentuk bahan publisiti yang DISAHKAN oleh ketua PTJ.

3. Salinan KELULUSAN program/aktiviti bagi yang berkenaan.

 

          

Contoh 1.0 : Pengesahan Rekabentuk DAN Surat kelulusan

 

A. SAIZ CETAKAN

Hanya cetakan bersaiz penuh (16.5' lebar x 10.5' tinggi) dengan resolusi 300dpi sahaja yang dibenarkan. Tidak dibenarkan sama sekali cetakan besaiz selain dari yang dinyatakan.



B. PEMASANGAN & PENURUNAN

Pemasangan kain rentang hendaklah dibuat dengan kemas dan diselia sebaiknya sepanjang tempoh dipaparkan.

Kain rentang hendaklah dipasang dan diturunkan mengikut tarikh yang ditetapkan.

BHEP berhak meminta mana-mana kain rentang yang tidak diselia dengan baik sepanjang tempoh penggunaan untuk diturunkan bagi menjaga nama baik universiti.

Pemohon dikehendaki memastikan dawai atau tali pengikat atau yang seumpamanya ditanggalkan sepenuhnya selepas menurunkan kain rentang dan tidak meninggalkan sebarang bentuk sampah sarap yang boleh  mencacatkan pemandangan dan menyukarkan pengguna lain.

 

C. KELULUSAN & PEMBATALAN 

Permohonan menggunakan ruang publisiti dibawah seliaan BHEP hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 7 hari bekerja.

Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui email yang didaftarkan dalam 3 hari bekerja selepas tarikh permohonan diterima.

Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang notifikasi email untuk keputusan permohonan yang dihantar, semakan juga boleh dibuat melalui pautan Semakan Permohonan yang disediakan.

BHEP berhak untuk tidak meluluskan mana-mana permohonan yang tidak memenuhi mana-mana syarat yang telah dinyatakan.

BHEP juga memiliki budi bicara mutlak untuk menarik balik sepenuhnya atau sebahagian daripada tempoh penggunaan yang telah diluluskan sekiranya terdapat keperluan lain universiti/program yang lebih utama.

Updated:: 13/11/2019 [mshahrul]

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
C1596469391