UPM Perkenal ‘PUTRA FOOD DELIVERY’ Untuk Kemudahan Pelajar | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» NEWS » UPM perkenal ‘PUTRA FOOD DELIVERY’ untuk kemudahan pelajar

UPM perkenal ‘PUTRA FOOD DELIVERY’ untuk kemudahan pelajar

Oleh Azlan Ibrahim

Pengenalan "Putra Food Delivery" oleh Ybhg. TNC (HEPA) UPM

 

SERDANG, 22 Februari – Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan Universiti Awam pertama yang memperkenalkan program penghantaran makanan ‘Putra Food Delivery’ dalam kampus. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman berkata program itu akan memudahkan pelajar untuk membeli makanan dengan pantas di samping memupuk budaya keusahawanan pada pelajar.

Gimik Pelancaran ‘Putra Food Delivery’ semasa sidang media


“Program perintis ini menggunakan khidmat pelajar sebagai penghantar makanan. “Program dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UPM ini akan melibatkan pengusaha kedai makan di sekitar kampus UPM dan Serdang,” katanya semasa sidang media ‘Putra Food Delivery’ di sini. Beliau berharap pelajar mengambil peluang dalam program itu untuk menjimatkan masa dan memudahkan mereka selain pelajar yang terlibat sebagai penghantar makanan akan mendapat insentif melalui caj perkhidmatan.

  

Updated:: 05/04/2018 [mshahrul]

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8946 6075
+603 8947 2091
C1529299347