UPM Johan Festival Zapin MAKUM Buat Kali Keempat | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» NEWS » UPM Johan Festival Zapin MAKUM buat kali keempat

UPM Johan Festival Zapin MAKUM buat kali keempat

Serdang, 1 Disember 2018 - Festival Zapin MAKUM 2018 telahpun melabuhkan tirai dengan menyaksikan Kumpulan Tarian dari Kelab Senitari ADIMASTULI UPM yang berjaya menjulang piala kemenangan apabila dinobatkan Johan dan Anugerah Penataan Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM3250 beserta piala iringan.

Kejuaraan UPM buat kali keempat dalam pertandingan ini membuktikan kehebatan yang tidak dapat ditandingi oleh peserta lain. Sebanyak 11 Universiti Awam telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini antaranya UMK, UMT, UPSI, UniMAP dan banyak lagi.

Sementara itu, Naib Johan disandang oleh Universiti Teknologi Malaysia UTM membawa pulang wang tunai RM2000 beserta piala iringan dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Universiti Teknologi MARA UiTM yang juga membawa pulang wang tunai RM1000 beserta piala iringan.

Malam pertandingan tersebut telah diadili oleh tiga orang juri profesional yang dijemput khas dari ASWARA dan Istana Budaya. Kesemua hadiah kemenangan telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman TNC HEPA UPM yang turut berbangga dengan kejayaan penganjuran dan kemenangan UPM.

Festival Zapin MAKUM pada kali ini dianjurkan dengan kerjasama UPM dan Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia MAKUM. Pada malam pertandingan itu juga turut dihadiri oleh para alumni, warga tempatan dan para penggiat senitari yang memenuhi segenap ruang Dewan Besar UPM.

Berikut merupakan keputusan penuh Festival Zapin MAKUM 2018 :

JOHAN : UPM
NAIB JOHAN : UTM
TEMPAT KETIGA : UiTM

Date of Input: 03/12/2018 | Updated: 03/12/2018 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8946 6075
+603 8947 2091
C1544813305