Majlis Berbuka Puasa BHEP Bersama Pelajar Luar Kampus | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» NEWS » Majlis Berbuka Puasa BHEP Bersama Pelajar Luar kampus

Majlis Berbuka Puasa BHEP Bersama Pelajar Luar kampus

SERDANG, 7 JUN: Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar luar kampus telah dilaksanakan dengan jayanya di Foyer Dewan Taklimat, Bangunan Cancelori Putra, UPM. Seramai 50 orang pelajar luar kampus hadir bagi memeriahkan Majlis Berbuka Puasa dan 14 orang daripada mereka yang terpilih telah diberikan sumbangan Hari Raya.

 

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM iaitu YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman sekali gus menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan kepada pelajar luar kampus yang terpilih.

Program ini diadakan  bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim  antara pelajar luar kampus dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Sumbangan yang diberikan juga dapat membantu meringankan bebanan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri. Program ini diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Berita oleh : Mardiah Azhar

Date of Input: 02/07/2018 | Updated: 17/07/2018 | mshahrul

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8946 6075
+603 8947 2091
C1542344252