HEPA Celebrates UPM's Success In Conjunction With The World's Top 159 Qs Ranking. | Student Affairs Division
» NEWS » HEPA celebrates UPM's success in conjunction with the world's top 159 Qs Ranking.

HEPA celebrates UPM's success in conjunction with the world's top 159 Qs Ranking.

SERDANG, 24 JUN - Sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 peringkat UPM yang diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Universiti Putra Malaysia, warga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah meraikan kejayaan UPM melonjak sebanyak 43 tangga iaitu peningkatan tertinggi antara semua universiti dalam negara kepada kedudukan ke-159 terbaik dunia dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020.

Oleh itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah membuat satu persembahan ukiran buah-buahan sebagai simbolik bagi meraikan pencapaian tersebut. Persembahan ukiran buah-buahan itu telah dibuat oleh salah seorang staf dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar iaitu En. Iskandar Afifi. 

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor (HEPA), YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, En. Fahmi Azar Mistar dan pegawai-pegawai universiti yang lain

.

Berita Oleh : Nor Asyikin Yusof



Date of Input: 27/06/2019 | Updated: 04/07/2019 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETWAh~