BHEP Sumber Rujukan Pelaksanaan EKSA | Student Affairs Division
» NEWS » BHEP sumber rujukan pelaksanaan EKSA

BHEP sumber rujukan pelaksanaan EKSA

Serdang, 19 April – Seramai 6 orang staf Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) dan 2 orang pelajar master dari Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) UPM mengadakan lawatan penandaaras EKSA di Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat pendedahan awal serta melihat secara dekat pelaksanaan EKSA di Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Selain itu bagi pelajar master FPP ini, kehadiran meraka adalah bertujuan untuk mengkaji Pelaksanaan EKSA ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan menyumbang kearah pembangunan sumber manusia yang cemerlang.

Ketibaan pelawat dimulakan dengan sesi bergambar pelawat bersama dengan Jawatankuasa dan ketua-ketua zon EKSA BHEP di hadapan Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Lawatan diteruskan dengan sesi perkongsian yang disampaikan oleh Fasilitator EKSA BHEP seterusnya pelawat juga dibawa melawat ke Zon An-Nabawi bagi melihat dengan lebih dekat pelaksanaan EKSA di BHEP.

Seperti umum sedia maklum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) merupakan PTJ pertama di UPM dan entiti pertama dalam kalangan 20 universiti awam yang memperoleh Pensijilan Ekosistem Sektor Kondusif Awam (EKSA) oleh MAMPU.

 

Date of Input: 30/04/2018 | Updated: 04/05/2018 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcUAN~