[07/06/2018] Together Sharing The Fun | Student Affairs Division
» NEWS » [07/06/2018] Together sharing the Fun

[07/06/2018] Together sharing the Fun

KUANG - 7 Jun 2018, Program Bakti Ramadan anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi BHEP dengan kerjasama Kelab Nasyid Nahwan Nur dan Persatuan Pentadbir UPM telah dengan jayanya dilaksanakan di Asrama Damai Kuang Selangor.

Program yang diadakan pada tahun ini adalah khusus untuk membantu anak-anak yatim dan miskin di samping berkongsi kegembiraan untuk bersama-sama membuat persiapan syawal yg bakal kunjung tiba.

 

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman yang sekaligus menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan kepada wakil Asrama Damai iaitu Ustaz Suhaimi. Sumbangan yang diberikan adalah hasil kutipan wang oleh warga UPM, pakaian hari raya serta kelengkapan dapur. Turut berkolaborasi dengan program ini adalah dari Pusat Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan CEM yang turut menyampaikan sumbangan khas mereka kepada asrama ini.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga UPM yang telah seikhlas hati memberi sumbangan kepada Asrama Damai Kuang. Sesungguhnya dengan bantuan ini dapatlah meringankan beban pihak asrama dalam menguruskan hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan miskin di sini. Harapan kami agar bantuan ini serba sedikit dapat mengukir senyuman kegembiraan di aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

Date of Input: 26/06/2018 | Updated: 17/02/2019 | mohd.hasrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcVAx~