[27/01/2016] UPM Students Represent Malaysia To Korat International Art And Cult | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» NEWS » [27/01/2016] UPM students represent Malaysia to Korat International Art and Cult

[27/01/2016] UPM students represent Malaysia to Korat International Art and Cult

Nakhon Ratchasima, Thailand, 27 Januari 2016, (BHEP) - Seramai 7 orang pelajar dari Universiti Putra Malaysia yang terdiri daripada penari Kelab Senitari ADIMASTULI dan seorang penyanyi Nursyuhada Suaimi Residen Artis UPM telah mewakili Malaysia ke Korat International Art and Culture Festival 2016. Program yang diadakan selama 5 hari iaitu dari 23 – 27 Januari 2016 ini bertempat di Nakhon Ratchasima, Thailand. Program berbentuk silang budaya ini telah disertai lebih daripada 10 buah negara antaranya Thailand, Indonesia, Filipina, Laos, Vietnam, Myanmar, Sri Lanka, Russia, China, Ghana, Nepal dan Cambodia.
Setiap negara telah memperlihatkan persembahan-persembahan yang menunjukkan identiti dan kreativiti setiap daripada mereka. Tidak ketinggalan juga, kumpulan daripada UPM yang mewakili Malaysia telah mempersembahan beberapa buah persembahan antaranya Tarian Zapin Ghalit, Joget Kereta Lembu, Inang Pulau Kampai dan beberpaa buah nyanyian. Di samping membuat persembahan, setiap negara yang hadir juga turut berkongsi adat dan kebudayaan masing-masing kepada semua peserta yang hadir dan juga kepada beberapa buah sekolah yang dikunjungi antaranya di Sureenari Wittaya 2 School dan di Nakhon Ratchasima Rajabath University Art and Culture Department.

Galeri Gambar
 Sumber berita: Adidi Tamin


Updated:: [mshahrul]

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8946 6075
+603 8947 2091
C1511006150