[22/10/2016] Nahwan Nur Champion National Nasyid Festival 2016 | Student Affairs Division
» NEWS » [22/10/2016] Nahwan Nur Champion National Nasyid Festival 2016

[22/10/2016] Nahwan Nur Champion National Nasyid Festival 2016

 

 

22 Oktober 2016, Bayou Lagoon Convention Centre, Melaka – Kumpulan Nasyid yang tidak asing lagi di UPM iaitu Nahwan Nur telah berjaya dinobatkan Johan Kategori Moden dalam Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan baru-baru ini.  Pertandingan nasyid paling berprestij di Malaysia ini telah diadakan bagi mengangkat martabat irama nasyid ke peringkat yang lebih tinggi selain memperkukuhkan ukhwah islamiah sesama insan.  Selain Johan, Nahwan Nur UPM yang mewakili Negeri Selangor Darul Ehsan berjaya memenangi Anugerah Lagu Terbaik menerusi lagu “Dunia Si Kecil” hasil ciptaan alumni UPM iaitu Saudara Wan Saleh dan lirik juga telah ditulis oleh alumni UPM iaitu Saudara Muhammad Radzi Mohd Dul.  Nahwan Nur berjaya membawa pulang wang tunai Johan RM10,000 manakala Lagu Terbaik RM2,000 beserta piala iringan dan sijil.

Turut hadir menyaksikan kemenangan adalah Encik Noor Mohamad Shakil Hameed, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM bersama-sama kakitangan BHEPTV memberi sokongan padu kepada Nahwan Nur.  Beliau berkata “Kemenangan ini adalah satu perkara yang sangat membanggakan warga UPM dan disifatkan sebagai satu lonjakan yang amat baik kepada semua ahli Nahwan Nur untuk terus memberikan yang terbaik pada masa-masa akan datang”.

Presiden Kelab Nasyid Nahwan Nur Saudara Muhammad Aliff Rusli berkata bahawa kemenangan yang dinanti-nantikan ini merupakan satu penghargaan kepada semua terutama kepada senior dan alumni yang tidak putus-putus memberi tunjuk ajar dan nasihat.  Berkat usaha semua telah membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan.


Pertandingan yang dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka memperlihatkan 11 negeri bertanding bagi Kategori Tradisional dan 9 negeri bertanding bagi Kategori Moden.  Majlis diserikan lagi dengan kehadiran TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang sekaligus menyempurnakan sesi penyampaian hadiah yang turut diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka.

 

Galeri Gambar
 Sumber berita: Adidi Tamin

 

 

Date of Input: | Updated: 21/08/2017 | mshahrul

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETIAL~