[04/12/2015] Basic Courses Civil Defence | STUDENT AFFAIRS DIVISION
» NEWS » [04/12/2015] Basic Courses Civil Defence

[04/12/2015] Basic Courses Civil Defence

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, 7 Disember 2015 – Seramai 30 pegawai dan pensyarah UPM yang diketuai oleh Ybhg. Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin, Timbalan Naib Cancelor (Akademik dan Antarabangsa) telah menyertai Kursus Asas Pertahanan Awam bertempat di Pusat Sains Marin, UPM pada 4-5 Disember 2015.

Kursus selama 2 hari ini telah disempurnakan oleh Kol. (PA) Hj. Ahmad Afandi bin Mohamad, Pengarah  Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor. Kursus ini berjaya memberi impak yang besar kepada pegawai dan juga pensyarah yang telah menyertainya. Antara Kursus asas yang telah diberikan adalah Asas Pertahanan Awam, Asas Pengenalan SISPA, Asas Pengenalan Silibus SISPA, Asas Pertolongan Cemas dan CPR, dan Asas Ikatan dan Simpulan. Kursus ini diadakan selaras dengan penubuhan Kor SISPA UPM (Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam UPM) yang akan disertai oleh pelajar UPM.




Updated:: [mshahrul]

MEDIA SHARING

STUDENT AFFAIRS DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-8946 6075
+603 8947 2091
C1511006136