UPM Johan Pertandingan Debat Diraja IPT 2018 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » UPM Johan Pertandingan Debat Diraja IPT 2018

UPM Johan Pertandingan Debat Diraja IPT 2018

SERDANG - Pasukan debat Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Debat Diraja antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2018 kategori bahasa Melayu yang berlangsung pada 9 Julai 2018, bertempat di Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

Pasukan debat yang diwakili oleh Pavithra, Izzati, Rashidah, dan Has Umierah telah berjaya menewaskan pasukan tuan rumah UKM sekali gus telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM 3000.00 bersama trofi dan piala pusingan.

 

Pavithra juga turut membawa pulang anugerah Pendebat Terbaik dalam pertandingan tersebut. Beliau merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Y.A.B Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor).

Berita oleh : Nor Shahirah Mohd Supian

Tarikh Input: 11/07/2018 | Kemaskini: 29/10/2018 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdAAZ~