Tanaman Pokok Mega Siri 1 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Tanaman Pokok Mega siri 1

Tanaman Pokok Mega siri 1

SERDANG, 23 Jun 2019– Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Asasi dan Taman Pertanian Universiti telah menganjurkan Tanaman Pokok Mega Siri 1 baru- baru ini dalam usaha memulihara kehijauan flora melalui inisiatif kelestarian hijau.

Seramai 800 Pelajar Asasi telah menyertai program tersebut, di mana peserta telah  dibahagikan kepada dua kawasan iaitu di Kompleks Mahasiswa dan Jalan Maklumat Universiti bagi menanam kesemua pokok bunga kertas yang telah disediakan.

 

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris Merasmikan Tanaman Pokok Mega siri 1

Program bermula seawal jam 7.00 pagi itu dimulakan dengan acara senamarobik yang telah di kendalikan oleh Ketua Pentadbiran HEPA, Puan Noorizai Mohd Noor dan diikuti dengan ucapan aluan oleh Pengarah Taman Pertanian Universiti dan seterusnya upacara perasmian disempurnakan  oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris.

Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris berkata program ini adalah komitmen Universiti bagi memastikan dasar kelasterian hijau UPM dipertingkatkan sejajar dengan hasrat Universiti menjadikan UPM adalah sebuah kampus hijau yang terkenal di seantaro kelak.

 



Program yang disertai oleh Pelajar Asasi

 

Turut hadir Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Roslan Sulaiman dan Ahli Jawatankuasa Universiti serta  Pegawai - pegawai Universati lain. Program ini adalah siri yang pertama dan akan disusuli dengan siri – siri berikutnya.

Berita oleh : Syasya Kamilia Mohammad.

Tarikh Input: 27/06/2019 | Kemaskini: 30/06/2019 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUEAg~