Tahniah Dan Syabas Kepada Izzuddin Rosli Dan Mazdiyana Mazlan | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Tahniah dan syabas kepada Izzuddin Rosli dan Mazdiyana Mazlan

Tahniah dan syabas kepada Izzuddin Rosli dan Mazdiyana Mazlan

26 Oktober 2018 - UniMAP Perlis, Tahniah dan syabas kepada Muhammad Izzuddin Rosli dan Mazdiyana Mazlan kerana telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bintang P.Ramlee MAKUM 2018. Mempertaruhkan lagu “Bunyi Gitar” dan “Gelora” beserta dengan gaya persembahan yang memukau telah melayakkan mereka menang dan sekaligus menambat hati juri.

Kedua-dua mereka adalah pelajar dari Kolej Empat Belas UPM dan Muhammad Izzuddin Rosli juga merupakan salah seorang ahli PutraNahwan. Mereka telah berjaya membawa pulang wang tunai RM1300, piala iringan dan sijil penyertaan. Keputusan penuh pertandingan ini adalah seperti berikut:

Johan : UPM
Naib Johan : UUM
Tempat Ketiga : UniMAP
Persembahan Terbaik : UKM
Busana Terbaik : UMT

Tarikh Input: 29/10/2018 | Kemaskini: 03/11/2018 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603 8947 2091
C1558449556