Putra Nahwan Naib Johan Pertandingan Battle Of Islamic Band | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Putra Nahwan Naib Johan Pertandingan Battle of Islamic Band

Putra Nahwan Naib Johan Pertandingan Battle of Islamic Band

USM Kubang Kerian,15 Mac 2019 – Putra Nahwan dari Kelab Nasyid Nahwan Nur telah berjaya menjadi Naib Johan dalam pertandingan “Battle of Islamic Band” yang telah diadakan baru – baru ini.

Putra Nahwan juga telah Berjaya menerima Anugerah Persembahan Terbaik dan juga Vokal terbaik pada pertandingan tesebut.

Sebanyak 5 kumpulan dari  UiTM Machang, UNIMAP, UPM, UMK dan USM  menyertai pertandingan Battle of Islamic Band ini dimana pertandingan ini adalah untuk mencari kelainan dalam berdakwah.

 

 

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kampus, Profesor  Dr. Adam bin Husein. Setiap Kumpulan diwajibkan mempersembahkan 2 buah lagu iaitu lagu cover dan lagu cipatan sendiri.

Juara pertandingan kali ini  dirangkul oleh kumpulan Erudite dari UMK yang  mempersembahkan lagu yang dipopularkan oleh Caliph Busker dan lagu ciptaan sendiri, ditulis oleh Adam Azmy, bertajuk Maafkan.  Mereka membawa pulang wang tunai RM1,000dan trofi.

 

Oleh : Adidi Tamin

Tarikh Input: 25/03/2019 | Kemaskini: 25/03/2019 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUSAA~