Biasiswa Toyama Prefectural Government Jepun | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Biasiswa Toyama Prefectural Government Jepun

Biasiswa Toyama Prefectural Government Jepun

SERDANG, 23 Januari 2019 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah menerima kunjungan rasmi delegasi daripada International Affairs Division, Toyama Prefectural Government, Japan bagi memperkenalkan program Toyama International Student Prefectural Scholarship yang ditaja sepenuhnya oleh Toyama Prefectural Government dan Asahi Printing Co., Ltd.

Kunjungan rasmi tersebut diketuai oleh Cik Shinobu Morikawa, Pengurus di International Affairs Division, Toyama Prefectural Government.  Biasiswa ini akan ditawarkan kepada pelajar Universiti Putra Malaysia yang berhasrat menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan di salah sebuah universiti di Toyama, Jepun.

Oleh : Nurlizawati binti Mohamed



Tarikh Input: 24/01/2019 | Kemaskini: 26/01/2019 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDcTAf~