Anugerah Putra Ikon (API) 2018 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Anugerah Putra Ikon (API) 2018

Anugerah Putra Ikon (API) 2018

Serdang - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Anugerah Putra Ikon bertempat di Dewan Kolej Pendeta Za’ba pada 20 Februari 2019. Majlis gilang- gemilang ini telah dirasmikan oleh yang YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. Program ini merupakan acara tahunan bertujuan untuk meraikan tokoh pelajar yang telah banyak menyumbang dalam pembangunan mahasiswa. Seramai 14 pelajar, daripada 43 calon, telah mara ke peringkat akhir dan menerima anugerah individu yang dipertandingkan. Setiap penerima anugerah telah dinilai dari aspek penglibatan dan pencapaian yang memberangsangkan dalam kategori tertentu.

Saudari Aida Fitri binti Peli telah menerima anugerah utama Putra Ikon dalam bentuk trofi dan wang tunai berjumlah RM 1,000. Majlis ini juga telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan Video Promosi (VPro) dan Geran Aktiviti Pelajar 2018. Johan bagi pertandingan Vpro kategori staf dan pelajar telah membawa pulang wang tunai RM 5,000 manakala, naib johan dan tempat ketiga telah menerima RM 3,000 dan RM 1,000. Geran Aktiviti Pelajar pula telah diberikan kepada kolej kediaman, fakulti dan kelab/ persatuan yang aktif serta berjaya menyumbang dalam meningkatkan penglibatan pelajar, secara keseluruhan.

 

 

Majlis apresiasi ini dijadikan sebagai penanda aras kepada pencapaian pelajar Universiti Pelajar Malaysia setiap tahun di samping dikonotasikan sebagai pembakar semangat untuk para pelajar yang menghadiri.

 



Tarikh Input: 04/03/2019 | Kemaskini: 18/03/2019 | mohd.hasrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdBAV~