[30/09/2015] Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2015/2016 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [30/09/2015] Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2015/2016

[30/09/2015] Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2015/2016

Pada 30 September 2015, berlangsungnya Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) 2015/2016
dimana terdapat 45 buah kerusi dipertandingkan.

Calon yang mendapat undian tertinggi 5,572 Mohammad Aizat Abdul Wahit, 21 berkata, kemenangannya di luar jangkaan kerana dia perlu bersaing dengan lebih ramai calon lain dari kategori Umum dan Fakulti. “Untuk memastikan saya mampu bersaing dengancalon lain, saya mendekatkan diri dengan pelajar lain melalui pengagihan risalah yang mempunyai manifesto diperjuangkan secara terus supaya pengundi lebih mengenali dan memahami perkara yang saya perjuangkan".

“Antara manifesto yang saya perjuangkan adalah menganjurkan program yang dapat membantu pembangunan mahasiswa dan sifat kendiri serta mewujudkan sistem merit berkomputer,” katanya ketika ditemui di Dewan Kolej 13, UPM di sini, selepas pengumuman keputusan pengundian itu semalam.

Proses pengundian di UPM berjalan lancar membabitkan 24,000 pelajar memilih 45 ahli MPP bagi sesi 2015/2016. Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 2015 Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, sesi pembuangan undi  membabitkan enam lokasi iaitu lima lokasi di Kampus UPM di Serdang dan satu di Bintulu bermula 9 pagi hingga 4.30 petang dengan menggunakan sistem e-undi.


e undi


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETUAd~