[22 Mac 2014] Pertandingan Nyanyian Warisan Irama Asli (Wiramasli 2014) | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » [22 Mac 2014] Pertandingan Nyanyian Warisan Irama Asli (Wiramasli 2014)

[22 Mac 2014] Pertandingan Nyanyian Warisan Irama Asli (Wiramasli 2014)

“Kolej Dua Belas Mengungguli Pentas Akhir WIRAMASLI 2014”

22 Mac 2014 – Dewan Putra 2, Kolej Serumpun telah menyaksikan 11 finalis akhir berentap dalam Pertandingan Nyanyian Warisan Irama Asli (WIRAMASLI 2014) bagi merebut gelaran juara.  Saudari Nursyuhada Bt Suaimi dari Kolej Dua Belas telah berjaya dinobatkan sebagai Johan pertandingan ini sekaligus membawa hadiah berupa wang tunai RM150.  Di samping itu juga, beliau yang mempertaruhkan lagu “Musalmah Manis” pada malam itu turut memenangi Anugerah Vokal Terbaik.

            Naib Johan pada pertandingan itu dimenangi oleh Saudara Muhammad Aiman Bin Che Omar dari Kolej Tujuh Belas yang membawa  lagu “Gunung Banang” sekaligus membawa pulang wang tunai RM130.  Sementara Tempat Ketiga berjaya disandang oleh Saudara Ahmad Zaki Bin Ahmad Taib dari Kolej Mohamad Rashid telah membawa pulang hadiah wang tunai RM100 di samping memenangi Anugerah Persembahan Terbaik.

            Program anjuran bersama Kolej Empat Belas dan Seksyen Seni Budaya dan Inovasi Pelajar BHEP ini telah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran para penyokong dari setiap kolej yang bertanding.  Tambahan pula, majlis ini turut diceriakan dengan kehadiran Encik Adidi Bin Tamin, Ketua Seksyen Seni Budaya Dan Inovasi Pelajar,Bahagian Hal Ehwal Pelajar  yang sangat berbangga dengan bakat dan minat yang ditonjolkan oleh para peserta pada malam itu.   

 

Berita Oleh : Seksyen Seni Budaya dan Inovasi Pelajar, BHEP


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETKAV~