Bengkel Anugerah Tokoh Siswa 2018 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ARTIKEL » Bengkel Anugerah Tokoh Siswa 2018

Bengkel Anugerah Tokoh Siswa 2018

Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2018 yang merupakan platform terbaik untuk mengiktiraf dan memberi galakan kepada pemimipin mahasiswa yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025.

Sebanyak 15 anugerah akan dipertandingkan dan terbuka kepada semua mahasiswa Institut Pendidikan Tinggi warganegara Malaysia yang belajar secara sepenuh masa di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

 


Gambar 1 : Y.bhg TNC (HEPA) bersama Peserta-peserta Bengkel Anugerah Tokoh Siswa

 

Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Bengkel Anugerah Tokoh Siswa pada 15 Disember 2018 bertempat di Palm Garden Golf Club, Putrajaya bagi meneliti dan menilai pencalonan yang diterima dari pelajar UPM. Bengkel ini turut dihadiri oleh Pengetua-pengetua kolej dan pegawai BHEP dan dipengerusikan oleh YBhg. Timbalan Naib Canselor (HEPA).

Hasil daripada bengkel tersebut panel telah memilih sebanyak 14 pencalonan daripada 15 anugerah yang dipertandingkan.

Oleh : Norwati binti Mohd Khazari

Tarikh Input: 28/12/2018 | Kemaskini: 27/01/2019 | mshahrul

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603 8947 2091
C1561369997